Memberi kata-kata semangat kepada manusia yang lainnya adakalanya lebih mudah dari meimplikasikan kepada diri sendiri kan? Kadang-kadang termenung sendiri.melayan jiwa sendiri yang tidak tahu apa yang akan dilakukan keesokkan hari. Makin lama makin kalah dengan diri sendiri. Cuma sentiasa berharap untuk tetap kuat untuk diri sendiri kerana sentiasa ada yang tersemat di hati untuk aku nafkahi. Perjalanan kehidupan aku tidaklah menarik. Aku cuma seorang aku.. Manusia biasa yang bangun tidur dan menjalani kehidupan yang sama setiap harinya.. Dan masih lagi merangka kehidupan yg lainnya pada masa akan datang.. Moga yang dihajati untuk diri sendiri ada yang menadah tangan dan mendoakan dan doanya diangkat Tuhan ke atas.. Apa pun terima kasih YaAllah untuk hidup aku sampai ke titik ini.. Pena menari 18 March 2026 9.53Pm
Takala melihat manusia seakan bahagia ditemani seseorang Diri ini juga mahu, tetapi dia selalu memujuk dirinya sendiri bertanyakan Tuhan Belum masanya ya? Kerana proses berdua atau lebih itu memerlukan semua perasaan yang ada Kerana berdua itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah yang ada. Masih sendiri juga buat aku berfikir yang aku masih mampu untuk terus hidup Masih sendiri juga buat aku terus kuat menghadapi apa yang aku tengah hadap sekarang. Makanya teruslah bersendiri jika diri belum mampu untuk menerima keadaanya berdua.. Sendiri itu adakalanya bosan tetapi indah jika kita ada tujuan sendiri yang indah.. Pena menari 29/12/25 9.37Am.