Takala melihat manusia seakan bahagia ditemani seseorang
Diri ini juga mahu, tetapi dia selalu memujuk dirinya sendiri bertanyakan Tuhan
Belum masanya ya?
Kerana proses berdua atau lebih itu memerlukan semua perasaan yang ada
Kerana berdua itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah yang ada.
Masih sendiri juga buat aku berfikir yang aku masih mampu untuk terus hidup
Masih sendiri juga buat aku terus kuat menghadapi apa yang aku tengah hadap sekarang.
Makanya teruslah bersendiri jika diri belum mampu untuk menerima keadaanya berdua..
Sendiri itu adakalanya bosan tetapi indah jika kita ada tujuan sendiri yang indah..
Pena menari
29/12/25
9.37Am.
Comments
Post a Comment