Skip to main content

Perjalanan kehidupan

Memberi kata-kata semangat kepada manusia yang lainnya adakalanya lebih mudah dari meimplikasikan kepada diri sendiri kan?

Kadang-kadang termenung sendiri.melayan jiwa sendiri yang tidak tahu apa yang akan dilakukan keesokkan hari. Makin lama makin kalah dengan diri sendiri.

Cuma sentiasa berharap untuk tetap kuat untuk diri sendiri kerana sentiasa ada yang tersemat di hati untuk aku nafkahi.

Perjalanan kehidupan aku tidaklah menarik. Aku cuma seorang aku.. Manusia biasa yang bangun tidur dan menjalani kehidupan yang sama setiap harinya.. Dan masih lagi merangka kehidupan yg lainnya pada masa akan datang.. Moga yang dihajati untuk diri sendiri ada yang menadah tangan dan mendoakan dan doanya diangkat Tuhan ke atas.. Apa pun terima kasih YaAllah untuk hidup aku sampai ke titik ini.. 


Pena menari

18 March 2026

9.53Pm

Comments

Popular posts from this blog

Buntu

 Aku.. Masih mencari diri Masih mencari diri yang jiwanya sudah hilang Seakan mati dalam jasad yang masih bernyawa Dia ada tapi umpama pergi meninggalkan diri yang  Buntu.  Manusia ini penat.  Penat dengan semua nya..  Penat dengan mainan  dunia..  Penat.. Penat.. Penat..  Disaat aku kata perkataan penat ini. Pasti ada mulut-mulut yang  hidup dengan Kata-kata keji bukan nasi yang perlu ditelan Namun dia lupa kata-kata dia bukan tentang aku Tapi dirinya dia. Dunia yang sudah tenat  Sukar melayan manusia yang dirinya memilih  Jalan buntu itu.  Wahai diri... Bangkitlah.  Goncangkan buntu itu. Dia ada cuma dia lelah Dia ada cuma dia tersekat Dia ada cuma dia lambat Mencari dan terus mencari Hingga sampai di titik nya Hingga dia sedar dia manusia kuat Yang hanya mampu memadam kata itu. Namun diri dia berterima kasih kerana berjuang Tidak mengalah dengan mudah Tidak mengeluh disaat kelu kesah Tidak merentan bila dikerah Hiduplah...

Sendiri

 Takala melihat manusia seakan bahagia ditemani seseorang Diri ini juga mahu, tetapi dia selalu memujuk dirinya sendiri bertanyakan Tuhan Belum masanya ya?  Kerana proses berdua atau lebih itu memerlukan  semua perasaan yang ada Kerana berdua itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah yang ada.  Masih sendiri juga buat aku berfikir yang aku masih mampu untuk terus hidup  Masih sendiri juga buat aku terus kuat menghadapi apa yang aku tengah hadap sekarang. Makanya teruslah bersendiri jika diri belum mampu untuk menerima keadaanya berdua..  Sendiri itu adakalanya bosan tetapi indah jika kita ada tujuan sendiri yang indah..  Pena menari 29/12/25 9.37Am.