Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2025

Sendiri

 Takala melihat manusia seakan bahagia ditemani seseorang Diri ini juga mahu, tetapi dia selalu memujuk dirinya sendiri bertanyakan Tuhan Belum masanya ya?  Kerana proses berdua atau lebih itu memerlukan  semua perasaan yang ada Kerana berdua itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah yang ada.  Masih sendiri juga buat aku berfikir yang aku masih mampu untuk terus hidup  Masih sendiri juga buat aku terus kuat menghadapi apa yang aku tengah hadap sekarang. Makanya teruslah bersendiri jika diri belum mampu untuk menerima keadaanya berdua..  Sendiri itu adakalanya bosan tetapi indah jika kita ada tujuan sendiri yang indah..  Pena menari 29/12/25 9.37Am.

Buntu

 Aku.. Masih mencari diri Masih mencari diri yang jiwanya sudah hilang Seakan mati dalam jasad yang masih bernyawa Dia ada tapi umpama pergi meninggalkan diri yang  Buntu.  Manusia ini penat.  Penat dengan semua nya..  Penat dengan mainan  dunia..  Penat.. Penat.. Penat..  Disaat aku kata perkataan penat ini. Pasti ada mulut-mulut yang  hidup dengan Kata-kata keji bukan nasi yang perlu ditelan Namun dia lupa kata-kata dia bukan tentang aku Tapi dirinya dia. Dunia yang sudah tenat  Sukar melayan manusia yang dirinya memilih  Jalan buntu itu.  Wahai diri... Bangkitlah.  Goncangkan buntu itu. Dia ada cuma dia lelah Dia ada cuma dia tersekat Dia ada cuma dia lambat Mencari dan terus mencari Hingga sampai di titik nya Hingga dia sedar dia manusia kuat Yang hanya mampu memadam kata itu. Namun diri dia berterima kasih kerana berjuang Tidak mengalah dengan mudah Tidak mengeluh disaat kelu kesah Tidak merentan bila dikerah Hiduplah...