Skip to main content

Buntu

 Aku.. Masih mencari diri

Masih mencari diri yang jiwanya sudah hilang

Seakan mati dalam jasad yang masih bernyawa

Dia ada tapi umpama pergi meninggalkan diri yang 

Buntu. 


Manusia ini penat. 

Penat dengan semua nya.. 

Penat dengan mainan  dunia.. 

Penat.. Penat.. Penat.. 


Disaat aku kata perkataan penat ini.

Pasti ada mulut-mulut yang  hidup dengan

Kata-kata keji bukan nasi yang perlu ditelan

Namun dia lupa kata-kata dia bukan tentang aku

Tapi dirinya dia.


Dunia yang sudah tenat 

Sukar melayan manusia yang dirinya memilih 

Jalan buntu itu. 

Wahai diri... Bangkitlah. 


Goncangkan buntu itu.

Dia ada cuma dia lelah

Dia ada cuma dia tersekat

Dia ada cuma dia lambat


Mencari dan terus mencari

Hingga sampai di titik nya

Hingga dia sedar dia manusia kuat

Yang hanya mampu memadam kata itu.


Namun diri dia berterima kasih kerana berjuang

Tidak mengalah dengan mudah

Tidak mengeluh disaat kelu kesah

Tidak merentan bila dikerah


Hiduplah diri

Masih banyak lagi jalan yang perlu di lalui. 

Kau tahu kau mampu

Kau tahu selayak dirimu


Pena Menari

2025

2.55Am

Kau tahu kau ada untuk kau


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan kehidupan

Memberi kata-kata semangat kepada manusia yang lainnya adakalanya lebih mudah dari meimplikasikan kepada diri sendiri kan? Kadang-kadang termenung sendiri.melayan jiwa sendiri yang tidak tahu apa yang akan dilakukan keesokkan hari. Makin lama makin kalah dengan diri sendiri. Cuma sentiasa berharap untuk tetap kuat untuk diri sendiri kerana sentiasa ada yang tersemat di hati untuk aku nafkahi. Perjalanan kehidupan aku tidaklah menarik. Aku cuma seorang aku.. Manusia biasa yang bangun tidur dan menjalani kehidupan yang sama setiap harinya.. Dan masih lagi merangka kehidupan yg lainnya pada masa akan datang.. Moga yang dihajati untuk diri sendiri ada yang menadah tangan dan mendoakan dan doanya diangkat Tuhan ke atas.. Apa pun terima kasih YaAllah untuk hidup aku sampai ke titik ini..  Pena menari 18 March 2026 9.53Pm

Sendiri

 Takala melihat manusia seakan bahagia ditemani seseorang Diri ini juga mahu, tetapi dia selalu memujuk dirinya sendiri bertanyakan Tuhan Belum masanya ya?  Kerana proses berdua atau lebih itu memerlukan  semua perasaan yang ada Kerana berdua itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah yang ada.  Masih sendiri juga buat aku berfikir yang aku masih mampu untuk terus hidup  Masih sendiri juga buat aku terus kuat menghadapi apa yang aku tengah hadap sekarang. Makanya teruslah bersendiri jika diri belum mampu untuk menerima keadaanya berdua..  Sendiri itu adakalanya bosan tetapi indah jika kita ada tujuan sendiri yang indah..  Pena menari 29/12/25 9.37Am.